Friday, May 21, 2010

Busy..

Last aku menulis adalah pada tahun lepas bulan June! Haha..itupun pasal aku teringat aku pun ada blog sebenarnya.

Aku sibuk dan aku hanyalah orang biasa..dilahirkan dari keluarga biasa, menjalani kehidupan yang biasa dan berkeluarga seperti orang biasa...itulah cerita orang biasa..

Aku selalu terfikir apakah yang diingini dalam kehidupan? Kemewahan? Kesenangan hidup? Harta? Kebebasan? Kepuasan? Bila aku ikut kehendak yang seperti itu, ianya takkan habis..jadi, apakah yang kita inginkan? Entahlah...

Friday, June 19, 2009

Mimpi...

ari tu aku ada mimpi. pasal 6 org budak remaja - betul ke ayat aku nih?

dalam mimpi tu konon2nya aku salah seorang budak tu ar. kitorang dibesarkan dengan semua benda dah di plan untuk kehidupan kitorang dari segi pergaulan, matlamat, pendidikan, kerjaya, perkahwinan sampailah kepada cara hidup.

kitorang disekolahkan disekolah khas yang mana setiap sorang ada misi masing2. eh, lupa plak. remaja tu 3 lelaki n 3 pompuan. mmg dah dikapelkan sejak lahir. okeh, misi masing2 adalah sorang tu akan jadik presiden, sorang jeneral and sorang lagi businessman. aku yang businessman tulah. so, kitorang di train sejak kecik untuk jadik apa yang dirancang.

pasangan aku plak pompuan yang cam pnh aku tgk tapi x igt. ok, kitorang sebenarnya x suke jadik camtu sebab nak jadik cam org biasa yang ada kehidupan yang biasa dan ending yang biasa - cerita orang biasa. haha.

sampailah satu masa kitorang akan dihantar ke luar negara untuk jadik specialist dalam bidang masing2. tapi sebelum tu ada majlis dan pengumuman pertunangan. sebenarnya cita2 aku yg dalam mimpi tu nak jadik tukang masak. tapi aku yg tgh menaip ni xde plak cita2 tu..hehe. pastu majlis besar2an diadakan. akuyang dalam mimpi tu tgh sedih. aku pusing2 kat hall, garden. pastu aku ke dapur. aku tgk ada org tgh nak wat ayam panggang. aku tgk jer lelama pastu aku cakap - bukan ini yang aku mahu!

aku amek ayam tuh, aku bagitau chef tu,"bukan camni yang aku nakkan." aku letak lemon kat ayam tuh, aku letak dalam pengukus jap pastu aku masukkan dalam oven arang dgn full heat pastu tutup - detail gak mimpi aku tuh. pastu aku tenung lama2 ayam tu. aku cakap dalam hati,"ini yang aku nakkan..".

pastu aku lari kat hall. aku panggil 5 org budak tu lagi. kitorang naik bumbung bangunan tu. aku tanya,"sebenarnya ini ke semua yang korang nak?". semua diam. aku gi kat kapel aku, aku peluk dia - dalam mimpi jer tau. pastu aku cakap,"bukan ini yang aku nak..". aku tarik tangan dia and bawak kat sorang lagi budak tu. dalam mimpi tu budak tu suka kat gurl tuh and gurl tu pun suka kat budak tuh.

aku turun bawah and bagitau budak2 lain yang aku nak carik apa yang aku nak - jadik chef. pastu aku jalan and dalam hati cakap - sebenarnya kau pun ada dalam senarai apa yang aku nak, tapi tak semua yang kita nak akan dapat. aku kene memilih. kau tu merujuk kepada gurl yang jadik pasangan aku. aku gi ke bus stand and destinasi pertama aku adalah restoran masakan itali..

haha..sorry ar aku x pandai bercerita. itu cuma mimpi, cuma sangat panjang and aku boleh ingat. mungkin aku ni susah nak mimpi kot, sekali mimpi terus panjang2..haha

ada penerbit nak buat jadik filem x? haha..boleh contact aku. :P :P :P

first time guna blog

haha..aku terpanggil untuk menulis blog untuk diri sendiri. 19/06/09 - hari jumaat. aku meng'create'kan blog nih.

sejak2 nih aku byk tgk2 friendster, myspace, facebook. saja cari2 kawan sekolah - aku mmg x pnh join pun sebelum ni menatang FS ke, MS ker. agak bagus gaklah. aku tgk ramai kawan2 aku dah membesar, ada anak, ada kehidupan, bekerjaya..haha.

kalau dulu, aku teringat zaman sekolah. zaman budak2, tapi x sangka boleh membesar dan jadik lain dan aku pun hairan, agak touching biler teringat dulu dan aku teringat gak aku dulu2 mcmana dan sekarang mcmana.

zaman sekolah dulu pun ada sorang gurl yang aku admire giler2. sampai x pandang gurl lainlah tahap admire tu. tapi cam bertepuk sebelah tangan jer. eh, x tepuk pun lagi, cuma syok sendiri. simpan2 dalam ati jer. haha. kelakar gaks. sampailah aku kuar dari school tu masa form 3. masuk sekolah lain.

masih lg admire dia even kt school len. tiap2 tahun aku bagi kad raya and besday kat dia. dah abes SPM pun masih lagi bagi. xtaulah dia ingat aku ke x. aku ni cam ikan bilis jer. haha

haha..tapi kenyataan selalunya x seindah impian - orang cakap.